Showing posts with label Edisi Khas. Show all posts
Showing posts with label Edisi Khas. Show all posts
Salam geng semua,, hihi.. dah lama betul aku tak bukak blog gengentry yang dah usang ni,, Dah berbulan bulan rasanya x bukak blog ni? aper cite la update dunia blogger zaman 2015 ni.

ok.. pasal apa tulih pasal bulan ogos ni sebabnya saja nak ingatkan kat korang sume yang Merdeka dah nak mai ni!! Siapa tahu dah berapa lama kita merdeka? mesti ramai yang lupa ni?kalau korang tahu komen kat bawah ni? ok deal.. hehe

Ha... tadi masa tengok facebook tadi terpandanglah satu baju sempena kemerdekan untuk merdeka 2015 .. perrrhhh.. barang baik kot.. nak tengok gambo dia? sini aku share sikit.

 Giler gempak!! cunnnn.. baju yang sangat cantik untuk memperingati hari kemerdekaan. korang x jeles ke aku dah beli satu.. korang bile lagi.. kalau korang minat dengan baju ni nanti aku tinggalkan link fb dia ok..

https://www.facebook.com/apesalkonaktaunamaakuakutakadanamauntukkotaupaham?fref=nf&pnref=story

kelik je lah,, haha..

nanti sambung citerlah...
Tengku Butang Miaw (bukan nama sebenar)

Asalamualaikum, selamat petang semua, Semalam saya membaca sebuah blog yang di beri nama  "Sharing My Ceritera" yang di tulis oleh Tengku Butang Miaw (bukan nama sebenar).. Penulisan yang di tulis olehnya sangat menarik dan saya suka untuk membaca blog ini. Bagi saya blog ini biasa tapi isi dalam blog ini sangat OWESOME!!

Saya pun mancari Tengkubutang miaw ni, oh rupanya dah lama friend dalam facebook saya. Dengan pantas saya temuramah dia. Memang hebat dan saya respect kerana dia cepat memberi respon untuk sesi temuramah untuk segmen "edisi khas" dalam gengentry ni

Blog "Sharing My Ceritera" adalah blog pertama yang di tulis olehnya dengan bertujuan untuk sekadar untuk berkongsi pengalaman, cerita dan luahan hati. Baginya hanya sebuah diari digital untuk berkongsi kepada kawan-kawan.

Akan tetapi lama kelamaan niat Cik TengkuButang untuk berbloging mula berubah dan mula mencari side income seperti yang di cari oleh semua bloger di luar sana. Dan dia mula berusaha untuk menjadikan blog ini sebagai sumber pendapatan sampingan hingga ke hari ni. Yang untungnya dia berjaya untuk merasai pelbagai income dari usaha berblogging itu.

Tengkubutang memang hebat kerana pernah memasuki utusan , majalah rapi dan sebagainya.. bagai saya ini adalah pencapaian yang hebat kerana buka semua layak untuk memasukan utusan dan macam-macam lagi. oh! tak lupa,  Selain sebagai blogger, Cik tengkubutang inijuga mengusahakan sebuah kedai aksesori motorsikal berkuasa tinggi di KL.. Ini yang saya katakan Tengku Butang Miaw Seorang Blogger yang Giler Gempak..
BLOGGER PILIHAN - UTUSAN MALAYSIA - 2 OGOS 2014

KENANGAN DALAM MAJALAH RAPI 1 SEPT 2013
Kenangan dalam Majalah Rapi


 Asalamualaikum, Sempena semangat baru yang wujud dalam jiwa saya yang berkobar-kobar untuk menulis blog Gengentry semula. Saya nak tawarkan Iklan percuma di blog saya.. Dalam perancangan saya, cuma ada empat kotak iklan di sidebar akan di beri percuma kepada semua yang setia membaca blog saya... Sekarang ni saya nak tanya, Siapa nak Iklan Percuma? sila komen ye?

P/s:- Nak baca novel baca di sini http://kecikbeso.blogspot.com/
Asalamualaikum. setelah berblogwalking hari ini, tiba tiba terperasan blog cik Emas putih ni, memang menarik perhatian saya. Tuan pemilik blog Emas putih ini bernama uzu ini mempunyai pencapaian yang menarik dalam dunia blogger. Disini saya akan ceritakan ye.

Cik uzu ini pernah di temubual oleh wartawan Astro Awani.. fuh gempak sey. bukan itu sahaja. dia juga pernah di paparkan di surat khabar utusan.. Ini adalah pencapaian yang hebat dalam dunia blogger. saya sangat bangga dengan adanya seorang blogger yang aktif macam cik Uzu ini..

jika anda semua ini melawati blog Emas Putih II ni saya akan tinggalkan link di sini..


Asalamualaikum semua, Fuh lama gilerkan Tun Aidil dan gengentry menyepikan. Semua ini di sebabkan kerana kerja dan laptop rosaklahkan.. Mood untuk mereview kini semakin kencang untuk saya tulis dalam rencana kali ini.

Alhamdulillah, Kali ini bermula era baru dalam rentak penulisan saya. Kini saya mula Review satu blog untuk post "REVIEW BLOG" yang ke 100.. wow..  bukan main gempakan? yang dulu pun tinggal yang ke 99 pulak tu.. macam kena je kan..

Blog yang di review kali ini adalah Blog Corat-Coret Nina, blog ini di bina pada januari 2011 oleh seorang suri rumah yang bernama Pn. Nina (Nina Azerin Abd Mufti). Di khabarkan blog ini terhasil kerana untuk mengisi masa lapang bertujuan untuk rujukan pada masa akan datang.. Blog Coratcoret ini juga mengongsikan tentang tip ibubapa, resepi masakan dan cerita untuk bacaan dan sumber rujukan bagi Pn. nina ini sendiri..

Ibu kepada empat orang cahaya mata ini, juga menjual dan menerima tempahan marshmallow, doorgift, cake dan macam-macam lagi. Jika anda semua ingin membeli barangan yang saya khabarkan tadi saya akan tinggal kan link di bawah nanti..

Di sini saya nak komen sikit tentang blog Corat-coret ini, yang pertama saya nak cadangkan supaya blog ini cuba mencantikan lagi blog ini.. Saya cadangkan untuk belajar di tutorial untuk blog ini.. itu sahaja yang saya nak komen.. hihi,, jangan marah ye?

Info Penulis Blog
Nama: Nina Azerin Abd Mufti
Tinggal : Kuala Lumpur.Malaysia.
Email: nina.azlan1@yahoo.comNumbor tel:+6019340 6454
IG:Nina Mirza
p/s:- Jom komen laju blog saya semoga saya bertambah rajin.. hihi

Assalamualaikum..Untuk permulaan cuba dengarkan lagu ni dulu.... 


*(Admin Said): Lagu ini best.. korang boleh vote dan komen kat bawah ni? hehe
Asalamualaikum,Tunaidil tak dapat menulis kerana bercuti sehingga akhir tahun ini, Sebelum nak ucapkan selamat menyambut tahun baru dan apa azam anda.. 

(copy paste)saya nak kongsikan kepada korang..
RAHSIA HURUF PERTAMA NAMA ANDA...
ini saya punya

A》Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda. 
I》Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis. 
D》Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai 
I》Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis. 
L》Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

Kat sini korang boleh baca sendiri:)

A》Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda. 
B》Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C》Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. 

D》Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain. 
E》Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F》Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja. 

G》Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H》Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I》Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J》Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas. 

K》Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L》Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa. 

M》Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala. 
N》Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri
O》Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P》Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.
Q》Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R》Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah. 

S》Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T》Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U》Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V》Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang. 

W》Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X》Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya. 

Y》Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z》Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
- ye ke ?? ade yg ngaku gitoo ke .. haha ..
Apa itu ping? Ping merupakan proses di mana blogger memuatnaik entri ke sesuatu laman. Ia berfungsi seperti perkongsian artikel. Bezanya entri tersebut di-host-kan di blog masing-masing manakala perkongsian artikel, entri tersebut di-host-kan di laman yang menawarkan perkhidmatan itu.

Oleh kerana laman ping berfungsi sebagai satu komuniti, dengan berbuat demikian (baca: ping entri) akan memberi lebih peluang agar entri tersebut dibaca oleh blogger-blogger lain mahupun pembaca berkecuali.

Terdapat pelbagai laman yang menyediakan perkhidmatan ping entri. Terdapat 3 jenis ping yang disediakan iaitu secara automatik, semi-automatik dan manual. Mungkin ada dikalangan blogger yang lebih suka kepada laman di mana ping-nya dilakukan secara automatik dengan beranggapan ia lebih mudah. Namun perlu diingat, laman di mana ping-nya dilakukan secara automatik mempunyai kebarangkalian yang rendah terhadap hebahan.

Kali ini Geng Entry akan berkongsi laman-laman ping yang menjadi pilihan Geng Entry.

Ping di laman ini dilakukan secara manual (baca: boleh pilih entri mana yang mahu dikongsi) dan semi-automatik (baca: ping entri terkini berdasarkan blog feed). Setiap blogger yang mahu melakukan ping akan melawat laman ini dan memberi lebih peluang kepada entri anda untuk ditemui. Selain dari itu juga, laman ini mempunyai akaun twitter khas yang berfungsi untuk retweet ke 1800++ (baca: setakat sekarang) followers-nya yang boleh diandaikan sebagai quality followers iaitu followers tersebut terdiri dari kalangan blogger mahupun pembaca-pembaca blog. Untuk membolehkan Blogr.My me-retweet entri anda, sila pilih tetapan "tweet ke twitter" semasa melakukan ping di laman tersebut.

Ping di laman ini dilakukan secara automatik (baca: untuk pengguna wordpress dilakukan secara xml-rpc) dan secara semi-automatik (baca: ping entri terkini berdasarkan blog feed). Laman ini menukar kategori tag pilihan secara mingguan di mana apabila entri yang mempunyai tag yang dipilih untuk minggu tersebut, ia akan dipaparkan di laman utama laman tersebut sebagai "feature post".

Ping dilaman ini dilakukan secara automatik namun tetap menjadi pilihan Geng Entry kerana laman ini dikhususkan untuk blogger Singapura. Jadi adalah bagus untuk meluaskan demografi pembaca blog anda memandangkan Singapura menggunakan bahasa yang sama dengan Malaysia.

Sekiranya anda mahu mencuba meluaskan demografi pembaca anda ke Indonesia, di sini Geng Entry menyenaraikan antara laman-laman tersebut:

Selain dari bagus untuk trafik segera, dengan melakukan ping juga dapat menumpang "populariti" laman-laman tersebut agar entri anda tersenarai di search engine pages.

Terdapat banyak lagi laman ping Malaysia namun tidak disenaraikan kerana susunatur paparannya dirasakan kurang menarik dan kurang efektif dalam memasarkan entri anda.

Mungkin ramai di antara blogger Malaysia masih asing dengan istilah Blog Hop dan tertanya-tanya apa itu Blog Hop? Blog Hop merupakan satu event yang dianjurkan oleh sesuatu laman (baca: host) yang menjadi medium untuk para blogger berkongsi pautan ke entri masing-masing mengikut tema-tema tertentu.

Tujuan utama Blog Hop adalah membina rangkaian antara para blogger dalam memeriahkan lagi dunia blogging. Ia juga dapat meningkatkan jumlah pengunjung ke blog disamping meningkatkan jumlah pengikut (baca: follower) blog mahupun media sosial seperti facebook, twitter dan google plus.

Untuk menyertai Blog Hop adalah sangat mudah di mana para blogger yang ingin mengambil bahagian hanya perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh host seperti meletakkan banner Blog Hop, follow blog, follow akaun media sosial dan sebagainya. Terdapat juga host yang tidak meletakkan sebarang syarat untuk menyertai Blog Hop yang di-host-kan mereka. Para blogger hanya perlu meletakkan pautan entri yang ditulis mereka kemudian melawat pautan-pautan yang telah dikongsi oleh blogger-blogger lain. Apabila melawat ke blog yang menarik, jangan segan-segan untuk follow dan tinggalkan komen.

Meninggalkan komen adalah satu pilihan, bukan kemestian. Namun perlu ditekankan, komen adalah salah satu cara kita menghargai penulis. Juga membuat Blog Hop mencapai objektifnya iaitu menghubungkan para blogger. Walaubagaimanapun terdapat etika dalam meninggalkan komen seperti:
  • Jangan meninggalkan komen yang berbentuk spam – para blogger suka bila dikomen tapi bukan komen yang berbentuk spam.
  • Jangan meminta blogger melawat blog anda dan follow anda – sekiranya mereka mengambil bahagian dalam Blog Hop, mereka tahu bagaimana Blog Hop berfungsi.
  • Beri komen yang ikhlas. Komen pada entri Blog Hop mereka dan entri-entri lain yang menarik perhatian anda.

Tema yang biasa digunakan Blog Hop adalah Wordless Wednesday. Penulis yakin ramai antara blogger mempunyai entri Wordless Wednesday, cuma mungkin belum pernah menyertai Blog Hop. Antara tema lain adalah Inspire Me Monday dan Friendship Friday.

Blog Hop berfungsi seumpama Blog Walking iaitu istilah yang biasa digunakan oleh para blogger. Jadi Blog Hop adalah tempat di mana menghimpunkan koleksi-koleksi entri, bezanya ia berdasarkan tema tertentu. Blog Hop juga memudahkan aktiviti Blog Walking anda.

Peserta mungkin tertanya-tanya jumlah blog yang perlu dilawat mereka. Seperti semua sudah maklum, melawat blog mengambil masa yang agak lama, jadi lawat sebanyak yang anda mahu. Tiada jumlah yang diwajibkan.


Have fun connecting with one another. Building friendships is what this is all about.
Powered by Blogger.