Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts
Asalamualaikum,, wahai sahabat yang di rahmati Allah. wahhhhh!!!! jauh betul ketinggalan dalam dunia blogger, apa lah cerita yang terupdate dalam dunia maya ni? apa kes!! hehe.....
hmm.. alhamdulilahh selepas beberapa tahun diam dalam gengentry ni, aku mula buka laptop usang ni sambil buka balik email yang dah lupa passwordnya .. haha pastu jumpe lah blog paling awal dalam dunia blogger dulu.. 

agak kekok pulak nak menaip.. bisalah hampir 4 tahun aku tak pengang komputer... alhamdulillah sekarang aku dah berkahwin.. belum di kurniakan cahaya mata .. tapi cukup alhamdulillah.. 

mungkin azam baru aku .. aku akan mula aktive balik dalam dunia blog.. cuma cerita merapu dan kenal balik semua blogger yang ada lah.. hehe.. doakan aku mula balik dalam dunia blogger dan ini aku meng istiharkan .......


gengentry is open todayyyyyyy.. hora horeyyy


Salam all.. bila dah ngadap komputer ni , mula la pening nak tulis ape untuk gengentry harini. sambil melayan lagu di suria fm , itu yang mula mengarut macam2.. haha.. tiada inpirasilah.. sape ada idea boleh kongsikan pada saya.. komen je lah kat bawah ni?
Asalamualaikum semua pembaca blog GENGENTRY yang di rahmati. Selepas beberapa lama TunAidil tertido dari Dunia blogger yang saya amat cintai. Semua ini di akibatkan kerana Laptop saya rosak, oleh kerana itu  kerja blogger semuanya tertinggal begitu sahaja.

Hampir setahun juga lamanya Tunaidil sepi dari dunia blogger ini.. oleh itu saya harap korunk semua support balik semangat baru kembali dari hati yang tulus iklas ini. Fuh bermadah pula dah..
tak pe, harap korunk semua sokonglah COMEBACK kali ini..

Kali ini gengentry berjanji akan menerbitkan cerita-cerita yang lebih menarik dan padat untuk anda semua membaca blog ini. insyaAllah..
Asalamualaikum,Tunaidil tak dapat menulis kerana bercuti sehingga akhir tahun ini, Sebelum nak ucapkan selamat menyambut tahun baru dan apa azam anda.. 

(copy paste)saya nak kongsikan kepada korang..
RAHSIA HURUF PERTAMA NAMA ANDA...
ini saya punya

A》Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda. 
I》Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis. 
D》Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai 
I》Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis. 
L》Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

Kat sini korang boleh baca sendiri:)

A》Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda. 
B》Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C》Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. 

D》Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain. 
E》Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F》Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja. 

G》Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H》Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I》Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J》Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas. 

K》Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L》Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa. 

M》Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala. 
N》Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri
O》Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P》Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.
Q》Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R》Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah. 

S》Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T》Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U》Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V》Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang. 

W》Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X》Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya. 

Y》Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z》Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
- ye ke ?? ade yg ngaku gitoo ke .. haha ..

“Pertama kali singgah disini. Satu inisiatif yang bagus dalam membuat review blog. Setelah membaca review anda, saya lihat tidak banyak beza dengan cara orang lain membuat review. Saya mengharapkan satu review yang lengkap (dengan baca review dapat kenal isi blog dan keistimewaannya) serta pandangan peribadi dari segi isi kandungan dan teknikal. 
Oleh kerana “review blog” adalah tunjang utama blog ini, seharusnya anda mempunyai teknik atau cara tersendiri dan penyampaian yang luar biasa dalam membuat review. Jangan kerana terlalu banyak blog yang perlu direview menjadi alasan untuk anda memberi yang terbaik dan berkualiti.
Ini hanya pandangan peribadi, jangan ambil hati ya... Saya nampak potensi anda untuk berjaya dan membina jenama. Semoga berjaya! “-Bin Muhammad October 24, 2013 at 9:01 AM

Terima kasih kepada En Bin Muhammad kerana menegur saya. Dengan teguran ini saya akan meningkatkan skill penulisan saya, Kerana selama ini saya tidak sedar kerana saya menganggap ia sudah mencukupi untuk di fahami.

Sekarang saya mencari dan membaca tip-tip menulis dari penulisan yang telah berjaya. Alhamdulillah mungkin dapat meningkatkan sedikit skill penulisan saya.Terkadang kita tak sedar akan perbuatan yang kita lakukan. Dengan kritikan sebegini dapat meningkat ilmu dan cabaran untuk diri saya menjadi penulis yang lebih hebat[insyaAllah].

Apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih keatas komen anda agar dapat saya menulis review dengan lebih menarik dan mudah untuk anda mengenali blog itu serta anda semua memahami.

Selamat membaca.

Asalamualaikum Projek 1Blog 100Penulis ini telah Gagal . Alhamdulillah ramai juga yang telah sertai Projek ini akan tetapi semua penulis yang menyertai tidak begitu aktive seperti yang diharapkan. hanya segelintir sahaja yang rajin dan menulis dengan kualiti yang di harapkan.

Jadi yang dah menyertai ini masih lagi boleh menulis dalam blog ini ..
Yeah Gengentry menang lagi, Alhamdulillah Tunaidil menang 1st Giveaway by amira. Ini semua berkat sabar dapat gak menang macam ni. thank yer hehe,,
Alhamdulillah ke hadrat ilahi, ini kali pertama tunAidil memenagi hadiah Giveaway dari red delima part 1 by dunia sebenar shida. tak sangka menangkan ini pon di sebabkan dorangan seorang kawan blogger juga yang bernama zaza kerana Tunaidil dah sertai banyak giveaway tp tak pernah menang tapi zaza beri Tunaidil semangat sehinggala berjaya.. sekarang dah tuntut hadiah tu.. thank shida sebab pilih blog Tunaidil.

P/s:- Happy tak terhingga.. Thank zaza bagi semangat hari tu? anda sangat berjasa.. hehe
Assalamualaikum

Penyakit asma merupakan penyakit kronik yang tidak boleh dirawat dan perlu bergantung dengan ubat. Ia juga dikenali sebagai penyakit semput atau lelah yang menyebabkan kesukaran bernafas bagi penghidapnya. Lazimnya penyakit ini berlaku pada kanak-kanak dan akan hilang sendiri apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak yang menghidap asma biasanya tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang lasak. Tetapi, kanak-kanak adakalanya sukar untuk di kawal. Hidup tanpa sebarang aktiviti yang menyeronokkan tentunya membosankan baginya. Terdapat beberapa Petua merawat penyakit asma yang boleh kita gunakan untuk mengurangkan masalah ini. 



1. Bawang putih
Ambil lima ulas bawang putih dan dihiris nipis. Rebuskan hirisan bawang putih itu dengan segelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi separuh. Sejukkan. Apabila telah sejuk, tambahkan satu camca teh madu asli dan minum setiap pagi selama sepuluh hari.
2. Daun buluh
Ambil dalam sepuluh helai daun buluh, tumbuk lumat dan campurkan sedikit air. Kemudian perah airnya dan tapis. Tambahkan air hasil tapisan itu dengan setengah gelas air masak lalu di minum.
3. Lengkuas ranting
Ambil kira-kira satu buku lengkuas ranting dan tumbuk. Bancuh dengan setengah gelas air. Tapiskan dan campur dengan satu camca teh madu lebah asli. Amalkan meminumnya setiap malam sebelum masuk tidur.


-Mohd Noor Shawal
Asalamualaikum, Yeah-yeah malam tadi tunaidil sambil blog walking tiba-tiba terjumpa nak cari pekerja yang menguruskan blog/ website. Dengan sepantas kilat Tunaidil menyambar peluang itu. dalam tak semena-mena En.zul  owner blog itu terima aku sebagai pengurus blog terbabit..

Setelah di terima. Tunaidil berjalan untuk mencari template yang sesuai , nampak elegan dan cool sebagai blog bisnes.. tapi walau bagaimana pun kalau boleh nak lah pendapat rakan di dunia blogger ni..

cuba tengok perubahan blog kadkahwin on9 ini

dan apa bila di edit.

Amacam cantik x? cuma belom siap lagi la.. banyak lagi nak buat ni hehe.. btw jom komen ye..
lupa pulak.. nak isi link blog : http://kadkahwin-on9.blogspot.com/
Salam magrib All.  Jom kita ambil kupon untuk ambil daging kambing korban.. korang makan daging kambing macam ni tak.. hehe?

Ingin memenangi hadiah lumayan klick banner kat bawah ni?
Inginkan kulit cantik dan Sihat secara semulajadi click banner
Salam reader`s dan Blogger`s. Tunaidil nak tanya kenapa ramai yang masih tulis kat form tu salah lagi.. Tolong lah beri infomasi dengan betul.. kalau salah,, nanti di cakap tak de kualiti.. pakai tangkap muat la apalah..

Sekarang kat email dah memcecah 300 email dalam masa beberapa jam.. semua email untuk di review blog.. please buat baik-baik.. mudah nak review.. terima kasih yang dah sertai segmen review blog terbaik.. 

wahai yang memegang tulang rusuk ku,ku tetap setia menanti akan kehadiranmu di sisi kerana aku yakin bahawa saat bahagia itu adalah pasti.walau,berkali aku dilukai,walau berkali hati dinodai,pasti hadir diri mu yang akan mengubati.. tidak pula ku tahu bila saat itu akan terjadi,tetapi ketahuilah aku pasti tidak akan sesekali berhenti mencari..Sesunggungya Allah akan memulangkan pemegang rusuk ku. amin

P/s: Boring juga single memanjang.. hmm :P
Salam. Hari ni tunaidil bangun awal, tah kenapa tak boleh tidur jadi buka la blogger kan tah tiba-tiba kat blog ada iklan.. aik bila masa pula pasang iklan ni?
Peliikkan.. masalahnya ramai juga blog lain kena macam ni? nak tanyalah kan. ini google kena blog ke atau komputer tunaidil ni kena virus. apa kata korunk.. cer komen sikit..

Gambaran bagi theme template yang baru ini lebih suci dan terang.. susun atur lebih meudah. dan lebih ringan. Sebenarnya dalam dunia blogging ini memerlukan pandangan dan pendapat  dari orang luar agar mudah untuk mereka mudah untuk memandang blog kami.

Kenapa tunaidil tukar template, sebabnya tempat yang sebelum ini telah lama dan sangat berat untuk di buka.. lantas tunaidil menukar kepada yang lebih ringan.. so jom baca lagi dalam geng entry.. huhupe
Ingin memenangi hadiah lumayan klick banner kat bawah ni?
Inginkan kulit cantik dan Sihat secara semulajadi click banner
Saya nak sangat cari seorang blogger yang baik dan rajin untuk menjadi kawan saya dalam blog geng entry.
Sebenarnya bukan jawatan kosong tapi saja nak cari kawan yang sudi menjadi penulis dalam blog ini.
saya tak pandai nak tulis bahagian hiburan so saya buka untuk kawan blogger yang nak jadi penulis dalam blog saya.. pm me..
https://www.facebook.com/tunAidil
Salam satu Malaysia, Terasa sangat terharu sebab ada yang menghargai blog gengentry ni. annabelle ini telah memberi satu hadiah kepada gengentry, hebat.. thank lot harap makin maju sehingga berjaya nanti..

Terima kasih kepada Cik Sufiana ramli memberi doodle ini kepada tunAidil.. Terasa terharu bila kita di hargai.. dan terimakasih kepada Cik Fiqa Nsz nak bagi cursor kat tun!

Salamhari ini hati dalam di lema, Sebab nak pilih beli motor apa, Dash ke Ex5.. duit dah lama kumpul dah cukup dah tapi yang mana satu nak beli.. kawan-kawan tolong saya buat pilihan untuk saya.. Dua-dua cantik! saya suka yang dash ni! cantikkan.. hmmmm yang mana satu pujaan hati!!

VS

Powered by Blogger.