Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts
Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts
Asalamualaikum semua, Fuh lama gilerkan Tun Aidil dan gengentry menyepikan. Semua ini di sebabkan kerana kerja dan laptop rosaklahkan.. Mood untuk mereview kini semakin kencang untuk saya tulis dalam rencana kali ini.

Alhamdulillah, Kali ini bermula era baru dalam rentak penulisan saya. Kini saya mula Review satu blog untuk post "REVIEW BLOG" yang ke 100.. wow..  bukan main gempakan? yang dulu pun tinggal yang ke 99 pulak tu.. macam kena je kan..

Blog yang di review kali ini adalah Blog Corat-Coret Nina, blog ini di bina pada januari 2011 oleh seorang suri rumah yang bernama Pn. Nina (Nina Azerin Abd Mufti). Di khabarkan blog ini terhasil kerana untuk mengisi masa lapang bertujuan untuk rujukan pada masa akan datang.. Blog Coratcoret ini juga mengongsikan tentang tip ibubapa, resepi masakan dan cerita untuk bacaan dan sumber rujukan bagi Pn. nina ini sendiri..

Ibu kepada empat orang cahaya mata ini, juga menjual dan menerima tempahan marshmallow, doorgift, cake dan macam-macam lagi. Jika anda semua ingin membeli barangan yang saya khabarkan tadi saya akan tinggal kan link di bawah nanti..

Di sini saya nak komen sikit tentang blog Corat-coret ini, yang pertama saya nak cadangkan supaya blog ini cuba mencantikan lagi blog ini.. Saya cadangkan untuk belajar di tutorial untuk blog ini.. itu sahaja yang saya nak komen.. hihi,, jangan marah ye?

Info Penulis Blog
Nama: Nina Azerin Abd Mufti
Tinggal : Kuala Lumpur.Malaysia.
Email: nina.azlan1@yahoo.comNumbor tel:+6019340 6454
IG:Nina Mirza
p/s:- Jom komen laju blog saya semoga saya bertambah rajin.. hihi

Sila lihat pada kuku tangan & kaki anda. Adakah ia kuat & sihat bersinar? Keadaan kuku yang kusam dapat dielakkan melalui penjagaan kuku yang betul. Tidak perlu berhabis duit dengan pergi ke ‘spa kuku’, hanya perlu konsisten di rumah.
  • Rendamkan kuku tangan & kaki ke dalam bekas berisi air suam.
  • Potong kuku mengikut bentuk terutama kuku kaki yang harus dipotong lurus agar bahagian tepi kuku tidak tikam isi.
  • Kikir kuku agar ia rapi.
  • Sentiasa sapu losyen kulit agar kuku sihat.
Ada juga beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan.
LIMAU NIPIS / LEMON
Gosokkan limau pada kuku & biarkan selama beberapa minit. kemudian cuci, hasilnya kuku kelihatan cantik.
BELIMBING BULUH
Belimbing buluh digosokkan pada kuku. Pastikan kulit luar belimbing juga digunakan untuk menguatkan kuku.
BAWANG PUTIH
Gosokkan bawang putih pada kuku yang rapuh sekerap mungkin. Ia dapat membantu menguatkan struktur kuku & menggilatkan lagi kuku.
Gincu gelap boleh membuatkan seolah-olah anda cuba kelihatan seperti Rihanna atau anda mungkin cuma tidak tahu tentang warna yang sesuai untuk anda, atau anda sengaja memilih gincu gelap untuk nampak semula jadi. Apa pun alasan anda, berikut adalah panduan untuk anda menggayakan gincu warna gelap.

Kenal pasti warna gincu yang terbaik untuk anda
Terdapat empat warna 'undertones' iaitu merah jambu, coklat, biru dan merah. Anda perlu kenal pasti yang mana satu sesuai untuk anda.

Lakukan cubaan pertama
Selepas anda menentukan warna 'undertones' yang mana yang terbaik untuk anda, lakukan cubaan pertama. Tidak perlu membelinya terus, tetapi pergi ke kedai kosmetik dan ambil 'tester' gincu dan calitkan sedikit pada bibir anda dan lihat jika kulit anda nampak lebih cerah atau tidak. Jika wajah anda nampak letih, bermakna itu bukan warna yang sesuai dengan anda.

Calit gincu dengan berus bibir
Cara terbaik memakai gincu gelap adalah dengan menggunakan berus bibir. Gincu jenis ini senang comot. Sapukan ia keseluruh bibir termasuk di hujung bibir.

Lip liner
Sebaik sahaja anda selesai mencalit gincu, 'apply' pula 'lip liner' yang sama warna dengan gincu. Lukiskan bibir anda mengikut alur bibir.

Elakkan pengilat bibir (lip gloss)
Warna gelap telah membuatkan bibir anda menonjol, jadi elakkan memakai pengilat bibir. Anda tidak perlu menampakkan bibir anda berkilat. Ia akan kelihatan agak keterlaluan.

Pakai gincu gelap dengan penuh keyakinan
Akhir sekali, jika anda ingin menggayakan gincu gelap, pakailah dengan penuh keyakinan. Usah di layan rakan-rakan anda yang memberi pandangan negatif pada warna gincu anda. Mereka mungkin sahaja tidak berani. Selamat mencuba!
#ahliblogger

Assalamualaikum w.b.t..

Anda mempunyai masalah kulit?? Usah biarkan masalah ini berlarutan.. Masalah kulit yang dihidapi anda sedikit sebanyak akan mencacatkan solekan dan anda akan menyebabkan rasa rendah diri.. Mungkin anda juga tidak mempunyai idea bagaimana cara yang betul untuk menjaga kulit bermasalah..

panduan menjaga kulit muka


Cuba lihat tips di bawah, panduan menjaga kulit mengikut masalah kulit anda..

Panduan menjaga kulit kering

1)Jika kulit anda kering, elakkan mebersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu. Gunakan tisu basah, atau pembersih khas solekan terlebih dahulu.
2)Bersihkan solekan di mata dengan berhati – hati. Kulit di sekitar mata amat sensitif. Jika tidak berhati, ia akan mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata.
3)Jangan menggunakan skrub wajah yang mempunyai biji. Penggunaan skrub berbiji akan menggalakan penglupasan kulit.
4)Gunakan serum atau pelembap muka setiap hari.
5)Ambil supplemen yang sesuai jika masalah ini berlarutan.

Panduan menjaga kulit sensitif

Elakkan menggunakan produk yang mempunyai alkohol, wangian atau lanolin. Bebas pewangi tidak bermakna ia bebas kimia. Anda cuma perlu teliti dalam memilih produk.
1)Jangan kerap menukar produk. Sebaiknya, setia pada produk yang terbaik untuk anda.
2)Jangan bersolek secara kerap apatah lagi solekan yang tebal.
3)Pilih skrub yang mempunyai ekstrak tomato atau epal kerana ia mengurangkan iritasi pada kulit.

Panduan menjaga kulit berminyak

Bersihkan wajah anda sekurang – kurangnya dua kali seminggu.
1)Gunakan tuala khas untuk mengelap wajah anda. Jangan menggunakan tuala yang sama untuk mengelap badan kerana kulit berminyak sangat sensitif.
2)Pilih supplemen yang mengandungi vitamin C organik.

Panduan menjaga kulit kombinasi

1)Jika anda ingin tahu kulit jenis ini, anda akan berasa kering pada beberapa kawasan dan licin di bahagian yang lain selepas mencuci wajah.
2)Elakkan membersihkan wajah dengan menngunakan produk yang berunsurkan krim kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan pengeluaran minyak secara berlebihan.

Panduan menjaga kulit berjerawat

1)Jika anda mempunyai masalah ini, anda tidak disarankan untuk mencuci wajah secara kerap.
Elakkan tabiat mencuci muka dengan kasar dan menggunakan produk pembersih wajah berkali – kali dalam sehari.
2)Seandainya anda berpeluh, pastikan anda mengelapnya terus. Usah biar ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.
3)Elakkan memicit jerawat pada muka anda.

Selamat mencuba! =)





sumber: yahoo


by: husna zahidi ♥

Gadis mana yang tidak mahu kelihatan bergaya apabila berhadapan orang ramai. Penampilan menarik dengan pakaian cantik, beg tangan mahal, solekan di wajah dan berkasut tumit tinggi.
Tunggu! Kenapa gaya menarik wajib dipadankan dengan kasut tumit tinggi? Adakah wanita yang memakai kasut rata berperwatakan membosankan?.
Sebahagian wanita berpendapat, dengan menyarungkan kasut tinggi memberi lebih keyakinan terhadap diri. Apatah lagi pekerjaan yang memerlukan mereka bertemu orang ramai. Ada juga yang menganggap memakai kasut tumit tinggi akan membuatkan diri mereka kelihatan seksi, lebih tinggi dan menyerlah dalam kumpulan, malah tidak kurang juga mengatakan memakai kasut tumit tinggi membuatkan mereka lebih menawan serta anggun.

Tapi perlu diingat, tidak semua gadis suka kasut tumit tinggi. Ada yang gemarkan ‘sneakers’ dan kasut jenis bertapak rata kerana lebih mudah bergerak. Dan tidak boleh disangkal apabila makin banyak fesyen dan reka bentuk kasut dicipta untuk mempelbagaikan lagi gaya golongan jenis ini. Sama ada berjenama atau biasa, akan wujud daya penarik tersendiri.

Cukup hanya sepasang

Jika kasut tumit tinggi dikaitkan gaya elegan, tapi lain kisahnya dengan kasut tapak rata dan ‘sneakers’. Apapun, cita rasa setiap manusia berbeza-beza. Bagi mereka yang lebih meminati ‘sneakers’ atau kasut bertutup jenis bertali seperti kasut sukan, mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai gaya dan kenapa memilihnya. 

Pelajar yang juga pencinta kasut tapak rata jenis 'sneakers' , Izni Ain Fakhruddin, 23, berkata, dia menganggap kasut tumit tinggi sebagai aksesori bagi mereka yang lebih berusia. 

“Bagi saya, kasut tumit tinggi lebih sesuai bagi mereka yang berusia. Mungkin suasana kerja dan keinginan untuk nampak lebih sofistikated membuatkan mereka menganggap hanya kasut tumit tinggi penyelesaiannya. Tak bermaksud pelajar seperti saya tak perlukan kasut jenis ini tetapi cukuplah sekadar sepasang untuk dijadikan penyelamat ketika perlu.

“Walau kasar manapun perwatakan gadis dilabel ‘tomboy’ atau pengkid, saya yakin mereka akan tetap menyimpan sekurang-kurangnya sepasang kasut bertapak tinggi seperti ‘high heels’ atau ‘wedges’ untuk stok ketika keadaan memerlukan mereka memakainya seperti majlis konvokesyen dan sebagainya,” katanya.


Pilih selesa bukan gaya

Kasut tapak rata boleh dikatakan pesaing kepada kasut tumit tinggi. Jika tidak mahu kelihatan terlalu elegan, kasut tapak rata (flatshoe) dengan corak atau aksesori lain jadi pilihan. Ia boleh buatkan seseorang makin comel dan manis terutama apabila dipadankan dengan gaun paras lutut.

Disebabkan kasut jenis ini jadi pilihan kedua terbanyak dalam kalangan wanita, jadi wajarlah apabila ramai pereka kasut berlumba-lumba mengeluarkan rekaan terbaru. Bagi mereka yang kurang gemar kasut tapak tinggi, kasut ini dikatakan boleh membangkitkan keyakinan apabila digandingkan dengan pakaian sesuai. Tanpa mengira majlis formal atau tidak, kasut bertapak rata boleh disesuaikan di mana saja tidak seperti kasut tumit tinggi.

Bertanyakan kepada 10 orang gadis, rata-ratanya berpendapat kasut tumit tinggi membuatkan wanita nampak lebih bergaya, cantik dan yang penting lebih berkeyakinan. Mungkin juga faktor fesyen, media massa dan selebriti terkenal menggambarkan sebagai kasut tumit tinggi berada di tangga teratas, sekali gus mencipta persepsi kasut jenis ini perlu ada bagi setiap wanita.

Jika kebanyakan gadis seusia lebih menggemari kasut tumit tinggi, namun Farahida Anwar Syah, 21, pilihannya berbeza kerana lebih suka untuk memakai kasut tapak rata. Baginya dia lebih pentingkan keselesaan berbanding gaya. 

“Tak semestinya orang yang gemar pakai ‘flatshoe’ tak pandai bergaya. Bagi sesiapa yang cita rasa sama seperti saya, kami mengutamakan keselesaan walau dalam apa situasi sekali pun. Apa guna sanggup kejang kaki nampak terseksa semata-mata mahu kelihatan ‘ekstra’ cantik, tetapi hakikatnya terpaksa bertarung dengan kesakitan apabila pulang ke rumah,” katanya.

Penulis juga sama pendapat. Kasut jenis ini selesa dan kaki tidak akan sakit jika dipakai dalam jangka masa lama. Contohnya jika bertugas sebagai jurujual yang terpaksa berdiri selama lebih tujuh jam, tak wajar sekiranya kasut tumit tinggi jadi pilihan.


Gaya kasut tumit tinggi terhad

Tabiat memakai kasut tumit tinggi selalunya dipengaruhi keadaan sekeliling. Jika bekerja dalam suasana formal dan memerlukan anda berhias seperti eksekutif, tanpa sedar, kasut tumit tinggi akan semakin bertambah dalam koleksi kasut.

Ada berpendapat pemakaian kasut tumit tinggi membuatkan pergerakan seseorang terhad. Mungkin ada benarnya. Pandangan ini dikongsi jurujual atas talian, Husna Hassan, 27, dengan menjelaskan tidak ramai gadis remaja yang gemar mengenakan kasut tumit tinggi ketika ini memandangkan trend ‘boots’, ‘sneakers’ atau kasut jenis tapak rata lebih mengungguli pasaran.

Malah menurutnya, ‘flatshoe’ menjadi trend terkini dan ramai dalam kalangan pelanggannya juga banyak memesan kasut ini berbanding tumit tinggi.

“Saya sendiri gemarkan kasut tapak rata kerana lebih mudah nak berjalan dan kaki kurang sakit bila berjalan jauh. Walaupun berstatus penjual pakaian dan aksesori wanita, saya akui saya tergolong dalam kumpulan gadis yang kurang meminati kasut tumit tinggi.

“Banyak stok kasut yang didatangkan dari Korea dan China saya jual kepada pelanggan, tetapi kebanyakannya terdiri daripada kasut tapak rata. Penggayaan kasut tumit tinggi terhad, ia tak boleh dipakai ketika ke pasar borong, berjalan di taman atau ulang alik kerja dengan menaiki kenderaan awam,” katanya.


Jangan terlalu obses

Menurut kajian pakar kesihatan, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya. Ia mampu menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

Disenaraikan beberapa kesan lain yang mungkin berlaku kepada mereka yang obses berkasut tumit tinggi:

Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.

Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

Kecacatan Haglunds juga sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.`
Powered by Blogger.