Showing posts with label Business & Motivation. Show all posts
Showing posts with label Business & Motivation. Show all posts
Asalamualaikum semua, Fuh lama gilerkan Tun Aidil dan gengentry menyepikan. Semua ini di sebabkan kerana kerja dan laptop rosaklahkan.. Mood untuk mereview kini semakin kencang untuk saya tulis dalam rencana kali ini.

Alhamdulillah, Kali ini bermula era baru dalam rentak penulisan saya. Kini saya mula Review satu blog untuk post "REVIEW BLOG" yang ke 100.. wow..  bukan main gempakan? yang dulu pun tinggal yang ke 99 pulak tu.. macam kena je kan..

Blog yang di review kali ini adalah Blog Corat-Coret Nina, blog ini di bina pada januari 2011 oleh seorang suri rumah yang bernama Pn. Nina (Nina Azerin Abd Mufti). Di khabarkan blog ini terhasil kerana untuk mengisi masa lapang bertujuan untuk rujukan pada masa akan datang.. Blog Coratcoret ini juga mengongsikan tentang tip ibubapa, resepi masakan dan cerita untuk bacaan dan sumber rujukan bagi Pn. nina ini sendiri..

Ibu kepada empat orang cahaya mata ini, juga menjual dan menerima tempahan marshmallow, doorgift, cake dan macam-macam lagi. Jika anda semua ingin membeli barangan yang saya khabarkan tadi saya akan tinggal kan link di bawah nanti..

Di sini saya nak komen sikit tentang blog Corat-coret ini, yang pertama saya nak cadangkan supaya blog ini cuba mencantikan lagi blog ini.. Saya cadangkan untuk belajar di tutorial untuk blog ini.. itu sahaja yang saya nak komen.. hihi,, jangan marah ye?

Info Penulis Blog
Nama: Nina Azerin Abd Mufti
Tinggal : Kuala Lumpur.Malaysia.
Email: nina.azlan1@yahoo.comNumbor tel:+6019340 6454
IG:Nina Mirza
p/s:- Jom komen laju blog saya semoga saya bertambah rajin.. hihi



Assalamualaikum guys! Peace yo! Didoakan para sahabat kekal sihat sentiasa. Yang kena makan ubat jangan lupa pi amik air, dan telan ubat elok-elok. Jangan pakai telan je ubat tu. Tercekik nanti padan muka (>_<).

Sudah lama tak menjenguk taman sesawang ni. Habis sawang sana sini dek malas nak update. Ini semua salah Anwar Ibrahim! (tiba~). Ok, tu cerita lama~ Abaikan~. Dah, habis muqaddimah :)

Nak jadikan cerita, akibat tidur awal 'sangat' malam semalam. Kira-kira jam 10.41 malam (awal ke?...err..), tiba-tiba terbangun jam 2.23 pagi. Baru tengah dok syok ada puteri raja datang meminang aku, tetiba terbangun pula deh... <--- ok, nampak sangat aku tipu~ ... Lepas bangun, macam biasa, tengok Tab apa mesej baru yang ada (patut baca alhamdulillah dulu sebab masih hidup lepas bangun~). Haha.. Ampunkan daku Ya Allah.

Tup-tup-tup... Jam 5.39 pagi, mood menulis itu hadir menyapa,

"Hai cik abang oi, ni saya cik 'mood menulis'. Tak mau menulis ke rini?"

"Em, adik... Abang rasa kurang sihat lah."

"Oh yeke..." (ok, merepek dah aku pagi ni)

Buka laptop, bergelap dalam bilik, menulis dengan hati riang-riang ribena. Seronok pula jadi budak-budak semula.

"Eh kau ni tak matured langsung."

"Oo.. Dah tu kau matured sangatla?"

Ahaha... (kesian aku asyik monolog dalaman je =,=)....

But, the important thing is,.. Walau sesukar mana ujian kita tempuhi, jangan putus asa. Jangan terus menduga. Allah itu adil dan saksama.

"Erk?.. Apa kena mengena dengan ujian pula ni oi najwan?"

Kita kan selalu diuji, kadang-kadang kita tak perasan yang perkara tersebut adalah ujian. Contohnya macam tersampuk. Ujian yang kira grand lagi macam kena langgar lari (na'uzubillah), tak pun dapat penyakit pelik-pelik. Result exam tak memberangsangkan pun boleh jadi. Masa tu la diri jadi lemah, mula rasa putus asa dan sebagainya.

Kita diuji Allah sebenarnya tuan puan (tetiba~). Teringat seorang OKU barat, Nick Vujicic yang tidak punya tangan dan kaki, tetapi mampu melakukan sesuatu yang orang punya kaki dan tangan pun tidak mampu melakukannya (berbelit tak baca ayat ni..ahah).

Jadi, caranya mudah untuk tidak terus putus asa, malah sentiasa berada dalam suasana ceria, gembira, ribena, dan lain lain lagi la. Tapi bukan peria ye yu'olls. Peria tu pahit~. Antara caranya ialah :

+ Allah kan ada sebut dalam Surah Al Baqarah ayat 286 (baca sendiri ye yu'olls), Allah bagi ujian yang hambanya mampu untuk hadapi. So, percayalah janji Allah. Jangan ragu-ragu ye yu'olls.

+ Senyum, ingat! Nabi kita selalu senyum (^_____^)

+ Bersyukur dengan apa yang ada. Ingat Surah Ibrahim ayat 7, 'Barangsiapa mensyukuri nikmat-Ku, maka akan Ku tambah nikmat baginya.'

+ Jadilah orang yang memberi. Sedekah tu kan boleh menggandakan harta. So? What do you waiting for? Kalau kita ada RM5 dan RM1 dalam dompet, yang mana jadi mangsa untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid? Ha, jawab jawab. :P

+ Layanilah setiap makhluk dengan adil. Terutama ibu bapa. Ingat ye, syurga ada kat mana adik-adik?

"Bawah tapak kaki ibuuu."

Bagus. Betul tu adik-adik. :P

Okeyyy... Cukup untuk hari ni. InsyaAllah jika ada yang bermanfaat, boleh ambil buat tambah mana yang kurang. Kalau tiada ada, tak apalah. Aku pun insan biasa. Buat dosa pun tak kira masa. Haha. Hari ni hari Ahad, jangan lupa selawat dan istighfar ye. (^,^). Hiasi bibir dengan zikir. Sekian~

#singgah di laman My Sweet Blog :)
Asalamualaikum, Sebenarnya nak cerita kat korang semua. Kak Rai ni nak beritahu semua blogger dan pembaca anda semua bileh mencari duit tambahan dengan " Stay Reward [Dot]com..

Caranyamudah sahaja. anda clik link yang Kak Rai sediakan dan anda boleh Daftar di http://stayreward.com/index.php?share=69260.. Selesai sahaja korang mendaftar korang akan dapat $25 Dolar usd. wow cepatnya..

Selesai daftar korang kalau korang share Link yang di sediakan dan ramai klick dan join anda akan dapat $10 dolar usd setiap kali penyertaan.. untungnya,, macam mana semua dah buka mata untuk cari wang mudah.. cuba lah kalau rajin dan berani.. hehe sekian.. wasallam u Guy`s.. love u..


Assalamualaikum! Rise & Shine! :P

Tepat jam 9 pagi, dikarang lagi 1 post oleh NS. Macam biasa, NS mahu kongsikan tip-tip untuk menulis dengan lebih mudah dan pantas tanpa perlu ke bengkel penulisan yang berharga beratus atau beribu ribu. Ceritanya begini, menulis itu bukan sesuatu yang sukar. Jika minat sudah menguasai diri, pasti tiada yang mampu menghalang. NS punya ramai kawan yang pandai menulis, tetapi tidak mahu mengembangkan seni penulisan mereka di medan atau platform yang sepatutnya.

Ok, caranya begini. Ambil pen atau pensel dan kertas atau buku. Kalau ada 'lappy' lagi bagus. Tak payah susah-susah nak asah pensel dan cari pen yang mesti hilang bila kita nak guna. Jalan mudah, guna 'lappy' jela. Then, buka 'wordpad' dan mula tulis (^^,)..

'Eh, apehal kau ni bagi tip macam *&%$@#!.'' .. semua orang tahu benda ni.

Tee hee.. Memang semua orang tahu, tapi tak semua yang mahu. Ramai yang fikir nak terbitkan buku, tetapi tidak tahu platform yang betul. Mereka terus fikir fikir fikir cara nak terbitkan buku hingga mengakibatkan niat asal untuk menulis itu pudar. Faham ke faham ni? :P

Niat asal nak menulis tu hilang sebab asyik fikir kebuntuan untuk terbitkan buku. Usah fikir cara terbitkan penulisan kita. Tulis sahaja dulu! Ingat tak kita belajar ABC masa kecil-kecil dulu? Sebab apa cikgu tak ajar ZXC ---> CBA.. Sebabnya, hidup ini mesti ikut proses yang betul. Kalau nak menulis atau terbitkan buku, mestilah kena MENULIS dulu. Jangan fikir cara nak terbitkan buku dahulu!

InsyaAllah kalau penulisan itu siap, mudah untuk kita cari di mana langkah yang seterusnya. Antara langkah-langkah mudah untuk memperkenal hasil penulisan kita ialah (hasil perkongsian teman yang baik hati) :

+ 'Save' dokumen itu kepada format PDF, kalau tiada 'software'nya, sila muat turun di sini, PDF Reader.

+ Then, carilah laman web publisher yang kita mahu. Paling penting, pastikan genre penulisan kita itu tepat dengan citarasa para publisher tersebut. Contohnya, kalau Telaga Biru kan senang terima bab agama, Kemilau Publika lebih kepada informasi agama dan Alaf 21 lebih pada novel.

+ Dah jumpa web mereka, apa tunggu lagi, hantar je 'softcopy' PDF penulisan kita tu pada email mereka. Jangan lupa sertakan 'resume' kita!

+ Hantarlah kepada banyak mana publisher. Kalau ada rezeki, insyaAllah diterima. Jangan putus asa jika tidak menerima respon. Cuba sebaik yang mungkin.

Ha.. setakat ini sahajalah informasi untuk kita-kita yang suka menulis ini. Apa pun, yang penting, jangan berhenti menulis. Sehari satu page pun dah ok :)

Terima kasih sebab sudi singgah di entry NS.. Klik SINI untuk terus ke Blog NS..
Assalamualaikum teman-teman baru...:)

Helo geng! Hari ini nak share something yang dikongsi oleh Puan Ainon yang baik hati :). Tahu tak yang media sosial macam blog, laman web, Twitter, FB dan lain-lain adalah sumber 'buah mulut'? Istilah lain bagi 'buah mulut' adalah 'social expression'.

Buah mulut adalah alat marketing yang paling murah, dan paling efektif bagi produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan. Buah mulut juga sangat mudah merosakkan nama baik bisnes kita. Peranan buah mulut sudah menjadi sangat penting sehingga syarikat-syarikat gergasi pun mula menggunakannya. Hanya produk yang menjadi buah mulut dalam internet sahaja yang akan dapat bertahan dalam pasaran.
Syarikat-syarikat gergasi menggunakan istilah cyber-branding bagi melaksanakan strategi branding mereka kepada generasi internet. Beberapa taktik berguna apabila menjalankan aktiviti marketing dalam FB:

1. Perbanyakkan jumlah friend dan follower kita.

2. Buat sampai friend dan follower kita secara sukarela memperkenalkan produk kita kepada friend dan follower mereka pula.

3. Buka blog, ataupun blog-blog. Meskipun kita mempunyai FB yang aktif, kita tetap memerlukan blog dan website bisnes kita. Tulis dalam blog bahan-bahan yang orang-orang lain suka membacanya.

4. Kenalpasti dengan tepat kepada siapa kita tujukan bahan-bahan yang kita tulis dalam blog dan FB kita.

5. Tulis dalam blog dan FB kita posting yang dapat menjadi topik buah mulut, dan akan di-share-kan sesama mereka.

Friend dan follower FB kita memainkan peranan penting untuk pembangunan TRIBE kita. TRIBE kita adalah mereka yang menaruh kepercayaan kepada apa yang kita tulis untuk bacaan mereka. Bagi mendapatkan kepercayaan mereka, lakukan ini:

+ Kita musti memberikan DIRI KITA kepada friends dan followers FB kita. Apabila kita memberikan diri kita, maka diri kitalah yang dibeli oleh orang itu.

+ Jangan sekali-kali kita memperalatkan friends dan followers kita demi kepentingan bisnes kita. Apabila matlamat kita menulis adalah demi mencari duit, maka mudah sekali kita memperalatkan orang-orang lain.

Semasa bisnes masih kecil, kita mustilah memberikan diri kita. Orang menaruh kepercayaan kepada diri kita. Lalu mereka menaruh kepercayaan kepada bisnes kita, seterusnya kepada produk dan service kita. Memberikan diri kita adalah asas FB marketing yang sangat kukuh. Tulis posting-posting yang baik dan berguna, sehingga perlahan-lahan diri kita dibeli orang.

Sesudah diri kita terjual, maka mudahlah friends dan followers kita membeli produk dan servis kita. Mula-mula, gunakan FB dan internet bagi memperkenalkan diri kita dan nama kita. Jangan tampal foto yang bukan-bukan dalan FB kita. Tunjukkan muka kita yang sebenar. Bukan muka-muka orang lain. Bukan muka anak kita. Kita bukan hendak menjual muka anak kita. Kemudian, perkenalkan label kita. Apabila bisnes kita sudah besar, barulah kita dapat menaikkan-tarafkan label kita menjadi brand.

Apabila label kita sudah menjadi brand, pada waktu itu diri kita sudah diwakilkan kepada brand kita. Orang menaruh kepercayaan kepada brand kita pula. Waktu itu muka kita sudah tidak penting lagi.

Sesiapa pun boleh berjaya. Bak kata Tuan Aqif Azizan, ''Orang yang belajar 1,000 teknik dan berlatih hanya 1 kali, itu orang biasa. Orang yang belajar hanya 1 teknik, dan berlatih sebanyak 1,000 kali, itu orang luar biasa. Kita tidak perlu tahu semua. Apa yang penting, latih diri menggila." 

Jom Jadi Berjaya! Lebih menarik lagi di Blog Saya ... jangan lupa singgah..:)
Powered by Blogger.