Dewasa
ini, media sosial sudah menjadi satu kemestian. Tidak
mengira usia dan latar belakang, boleh dikatakan semua pengguna
internet mempunyai akaun di media sosial. Sebut
saja Twitter, Facebook mahupun Google Plus, semua sudah menjadi
penggunanya.
Kuasa
laman media sosial memang sudah tidak dapat dinafikan. Ingat lagi
bagaimana media sosial digunakan oleh penduduk negara Arab seperti
Syria dan Mesir dalam menggulingkan kerajaan mereka? Itulah kuasa
laman media sosial.
Bagi
blogger yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog, di mana blog-nya
masih belum dikenali ramai dan sukar untuk tersenarai di Search
Engine Rank Page (baca: SERP) laman media sosial dilihat satu praktik
yang boleh ditekankan. Seperti juga pengguna platform yang kurang
mesra enjin carian (baca: google search engine) seperti tumblr –
because blogspot and wordpress are too mainstream, laman media sosial
semestinya sesuatu yang boleh diharapkan.
Mungkin
ada di antara blogger yang tidak kisah dengan jumlah trafik yang
diterimanya namun apa guna menulis sekiranya tidak dikunjungi dan
dibaca. Bukankah itu tujuan anda menulis? Juga seperti moto yang
digunapakai oleh syarikat pengiklanan terkenal di kalangan blogger,
nuffnang – “blogging is fun, but now it’s time to level up”.
Anda
juga boleh menjana pendapatan melalui blog anda. Walaupun tidak
banyak tapi masih baik ada dari tiada. Pendapatan dari blog pula
adalah berdasarkan jumlah trafik yang diterima setiap hari.
Maksudnya, semakin ramai yang mengunjungi blog anda semakin banyak
pendapatan yang anda boleh terima.
Laman
Media Sosial: Penyumbang Trafik Segera yang Berkesan dan Percuma.
Perkara
yang perlu ditekankan adalah tentang follower. Ramai yang beranggapan
jumlah follower sangat penting dan merupakan faktor utama dalam
menentukan jumlah kunjungan. Namun perlu diingat, kualiti adalah
lebih penting dari kuantiti. Apa
gunanya jumlah follower mencecah ribuan orang namun majoritinya
adalah “sleeping” follower.
Jadi
perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah membina rangkaian
(baca: network) anda sendiri. Luangkan sedikit masa berkomunikasi
dengan followers anda untuk membina hubungan (baca: bukan hubungan
sulit ).
Makin dekat hubungan dan luas rangkaian anda, makin ramai yang akan
pengunjungi pautan (baca: link) yang anda kongsi.
Peraturan
“Jangan”.
1.
Jangan hanya kemaskini status anda dengan pautan sahaja. Tiada siapa
yang akan follow akaun yang hanya berkongsi pautan semata. Atau tiada
siapa yang akan memberi perhatian kepada perkongsian anda.
2.
Jangan terlebih kongsi (baca: over share). Alasannya sama seperti di
atas.
3.
Jangan hanya berkongsi pautan blog sendiri sahaja. Membina
“kepercayaan” adalah kuncinya, jadi rajin-rajinlah berkongsi
pautan entri blog-blog lain yang dirasakan menarik. Jadi peratusan
follower anda untuk mengunjungi pautan yang dikongsi anda akan
meningkat memandangkan anda dilihat sebagai “deliver”.
4.
Jangan malas untuk retweet (atau reshare) perkongsian menarik orang
yang anda follow. “What
goes around comes around” – mereka juga akan melakukan perkara
yang sama kepada anda.
5.
Jangan meminta orang follow anda. Sekiranya anda melakukan
cadangan-cadangan di atas, jumlah follower anda akan bertambah dengan
sendirinya.
Selain
dari menggunakan laman media sosial, anda juga boleh menjana
pengunjung ke blog anda dengan ping entri anda dan menyertai blog hop. Dan semestinya, anda boleh mula berjinak-jinak dengan Search Engine Optimization (baca: SEO).
Meminjam
moto nuffnang sekali lagi, “Blogging Is Fun, But Now It’s Time To
Level Up.”
P.S.
jangan lupa sertakan Facebook Share Button, Twitter Tweet Button dan
Google Plus Share Button di setiap entri anda untuk memudahkan
pembaca berkongsi entri anda di laman media sosial.
nice sharinggg....
ReplyDeletenice commenting.. :)
Delete