Blog Hop.


Mungkin ramai di antara blogger Malaysia masih asing dengan istilah Blog Hop dan tertanya-tanya apa itu Blog Hop? Blog Hop merupakan satu event yang dianjurkan oleh sesuatu laman (baca: host) yang menjadi medium untuk para blogger berkongsi pautan ke entri masing-masing mengikut tema-tema tertentu.

Tujuan utama Blog Hop adalah membina rangkaian antara para blogger dalam memeriahkan lagi dunia blogging. Ia juga dapat meningkatkan jumlah pengunjung ke blog disamping meningkatkan jumlah pengikut (baca: follower) blog mahupun media sosial seperti facebook, twitter dan google plus.

Untuk menyertai Blog Hop adalah sangat mudah di mana para blogger yang ingin mengambil bahagian hanya perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh host seperti meletakkan banner Blog Hop, follow blog, follow akaun media sosial dan sebagainya. Terdapat juga host yang tidak meletakkan sebarang syarat untuk menyertai Blog Hop yang di-host-kan mereka. Para blogger hanya perlu meletakkan pautan entri yang ditulis mereka kemudian melawat pautan-pautan yang telah dikongsi oleh blogger-blogger lain. Apabila melawat ke blog yang menarik, jangan segan-segan untuk follow dan tinggalkan komen.

Meninggalkan komen adalah satu pilihan, bukan kemestian. Namun perlu ditekankan, komen adalah salah satu cara kita menghargai penulis. Juga membuat Blog Hop mencapai objektifnya iaitu menghubungkan para blogger. Walaubagaimanapun terdapat etika dalam meninggalkan komen seperti:
  • Jangan meninggalkan komen yang berbentuk spam – para blogger suka bila dikomen tapi bukan komen yang berbentuk spam.
  • Jangan meminta blogger melawat blog anda dan follow anda – sekiranya mereka mengambil bahagian dalam Blog Hop, mereka tahu bagaimana Blog Hop berfungsi.
  • Beri komen yang ikhlas. Komen pada entri Blog Hop mereka dan entri-entri lain yang menarik perhatian anda.

Tema yang biasa digunakan Blog Hop adalah Wordless Wednesday. Penulis yakin ramai antara blogger mempunyai entri Wordless Wednesday, cuma mungkin belum pernah menyertai Blog Hop. Antara tema lain adalah Inspire Me Monday dan Friendship Friday.

Blog Hop berfungsi seumpama Blog Walking iaitu istilah yang biasa digunakan oleh para blogger. Jadi Blog Hop adalah tempat di mana menghimpunkan koleksi-koleksi entri, bezanya ia berdasarkan tema tertentu. Blog Hop juga memudahkan aktiviti Blog Walking anda.

Peserta mungkin tertanya-tanya jumlah blog yang perlu dilawat mereka. Seperti semua sudah maklum, melawat blog mengambil masa yang agak lama, jadi lawat sebanyak yang anda mahu. Tiada jumlah yang diwajibkan.


Have fun connecting with one another. Building friendships is what this is all about.

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.