Laman Ping Pilihan Geng Entry.

Apa itu ping? Ping merupakan proses di mana blogger memuatnaik entri ke sesuatu laman. Ia berfungsi seperti perkongsian artikel. Bezanya entri tersebut di-host-kan di blog masing-masing manakala perkongsian artikel, entri tersebut di-host-kan di laman yang menawarkan perkhidmatan itu.

Oleh kerana laman ping berfungsi sebagai satu komuniti, dengan berbuat demikian (baca: ping entri) akan memberi lebih peluang agar entri tersebut dibaca oleh blogger-blogger lain mahupun pembaca berkecuali.

Terdapat pelbagai laman yang menyediakan perkhidmatan ping entri. Terdapat 3 jenis ping yang disediakan iaitu secara automatik, semi-automatik dan manual. Mungkin ada dikalangan blogger yang lebih suka kepada laman di mana ping-nya dilakukan secara automatik dengan beranggapan ia lebih mudah. Namun perlu diingat, laman di mana ping-nya dilakukan secara automatik mempunyai kebarangkalian yang rendah terhadap hebahan.

Kali ini Geng Entry akan berkongsi laman-laman ping yang menjadi pilihan Geng Entry.

Ping di laman ini dilakukan secara manual (baca: boleh pilih entri mana yang mahu dikongsi) dan semi-automatik (baca: ping entri terkini berdasarkan blog feed). Setiap blogger yang mahu melakukan ping akan melawat laman ini dan memberi lebih peluang kepada entri anda untuk ditemui. Selain dari itu juga, laman ini mempunyai akaun twitter khas yang berfungsi untuk retweet ke 1800++ (baca: setakat sekarang) followers-nya yang boleh diandaikan sebagai quality followers iaitu followers tersebut terdiri dari kalangan blogger mahupun pembaca-pembaca blog. Untuk membolehkan Blogr.My me-retweet entri anda, sila pilih tetapan "tweet ke twitter" semasa melakukan ping di laman tersebut.

Ping di laman ini dilakukan secara automatik (baca: untuk pengguna wordpress dilakukan secara xml-rpc) dan secara semi-automatik (baca: ping entri terkini berdasarkan blog feed). Laman ini menukar kategori tag pilihan secara mingguan di mana apabila entri yang mempunyai tag yang dipilih untuk minggu tersebut, ia akan dipaparkan di laman utama laman tersebut sebagai "feature post".

Ping dilaman ini dilakukan secara automatik namun tetap menjadi pilihan Geng Entry kerana laman ini dikhususkan untuk blogger Singapura. Jadi adalah bagus untuk meluaskan demografi pembaca blog anda memandangkan Singapura menggunakan bahasa yang sama dengan Malaysia.

Sekiranya anda mahu mencuba meluaskan demografi pembaca anda ke Indonesia, di sini Geng Entry menyenaraikan antara laman-laman tersebut:

Selain dari bagus untuk trafik segera, dengan melakukan ping juga dapat menumpang "populariti" laman-laman tersebut agar entri anda tersenarai di search engine pages.

Terdapat banyak lagi laman ping Malaysia namun tidak disenaraikan kerana susunatur paparannya dirasakan kurang menarik dan kurang efektif dalam memasarkan entri anda.

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.