Mudahnya Menulis!



Assalamualaikum! Rise & Shine! :P

Tepat jam 9 pagi, dikarang lagi 1 post oleh NS. Macam biasa, NS mahu kongsikan tip-tip untuk menulis dengan lebih mudah dan pantas tanpa perlu ke bengkel penulisan yang berharga beratus atau beribu ribu. Ceritanya begini, menulis itu bukan sesuatu yang sukar. Jika minat sudah menguasai diri, pasti tiada yang mampu menghalang. NS punya ramai kawan yang pandai menulis, tetapi tidak mahu mengembangkan seni penulisan mereka di medan atau platform yang sepatutnya.

Ok, caranya begini. Ambil pen atau pensel dan kertas atau buku. Kalau ada 'lappy' lagi bagus. Tak payah susah-susah nak asah pensel dan cari pen yang mesti hilang bila kita nak guna. Jalan mudah, guna 'lappy' jela. Then, buka 'wordpad' dan mula tulis (^^,)..

'Eh, apehal kau ni bagi tip macam *&%$@#!.'' .. semua orang tahu benda ni.

Tee hee.. Memang semua orang tahu, tapi tak semua yang mahu. Ramai yang fikir nak terbitkan buku, tetapi tidak tahu platform yang betul. Mereka terus fikir fikir fikir cara nak terbitkan buku hingga mengakibatkan niat asal untuk menulis itu pudar. Faham ke faham ni? :P

Niat asal nak menulis tu hilang sebab asyik fikir kebuntuan untuk terbitkan buku. Usah fikir cara terbitkan penulisan kita. Tulis sahaja dulu! Ingat tak kita belajar ABC masa kecil-kecil dulu? Sebab apa cikgu tak ajar ZXC ---> CBA.. Sebabnya, hidup ini mesti ikut proses yang betul. Kalau nak menulis atau terbitkan buku, mestilah kena MENULIS dulu. Jangan fikir cara nak terbitkan buku dahulu!

InsyaAllah kalau penulisan itu siap, mudah untuk kita cari di mana langkah yang seterusnya. Antara langkah-langkah mudah untuk memperkenal hasil penulisan kita ialah (hasil perkongsian teman yang baik hati) :

+ 'Save' dokumen itu kepada format PDF, kalau tiada 'software'nya, sila muat turun di sini, PDF Reader.

+ Then, carilah laman web publisher yang kita mahu. Paling penting, pastikan genre penulisan kita itu tepat dengan citarasa para publisher tersebut. Contohnya, kalau Telaga Biru kan senang terima bab agama, Kemilau Publika lebih kepada informasi agama dan Alaf 21 lebih pada novel.

+ Dah jumpa web mereka, apa tunggu lagi, hantar je 'softcopy' PDF penulisan kita tu pada email mereka. Jangan lupa sertakan 'resume' kita!

+ Hantarlah kepada banyak mana publisher. Kalau ada rezeki, insyaAllah diterima. Jangan putus asa jika tidak menerima respon. Cuba sebaik yang mungkin.

Ha.. setakat ini sahajalah informasi untuk kita-kita yang suka menulis ini. Apa pun, yang penting, jangan berhenti menulis. Sehari satu page pun dah ok :)

Terima kasih sebab sudi singgah di entry NS.. Klik SINI untuk terus ke Blog NS..

Related Posts

4 comments

  1. Assalamualaikum .
    Nak save dokumen kepada format PDF tu macam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..maaf lambat respon..:)
      Lepas install Foxit Reader tu, Cik klik kanan pada file 'word' tu, dan pilih 'convert to PDF file'.. mudah kan? :)

      Delete

Powered by Blogger.