Bisnes Jadi Buah Mulut? Bagaimana?

Assalamualaikum teman-teman baru...:)

Helo geng! Hari ini nak share something yang dikongsi oleh Puan Ainon yang baik hati :). Tahu tak yang media sosial macam blog, laman web, Twitter, FB dan lain-lain adalah sumber 'buah mulut'? Istilah lain bagi 'buah mulut' adalah 'social expression'.

Buah mulut adalah alat marketing yang paling murah, dan paling efektif bagi produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan. Buah mulut juga sangat mudah merosakkan nama baik bisnes kita. Peranan buah mulut sudah menjadi sangat penting sehingga syarikat-syarikat gergasi pun mula menggunakannya. Hanya produk yang menjadi buah mulut dalam internet sahaja yang akan dapat bertahan dalam pasaran.
Syarikat-syarikat gergasi menggunakan istilah cyber-branding bagi melaksanakan strategi branding mereka kepada generasi internet. Beberapa taktik berguna apabila menjalankan aktiviti marketing dalam FB:

1. Perbanyakkan jumlah friend dan follower kita.

2. Buat sampai friend dan follower kita secara sukarela memperkenalkan produk kita kepada friend dan follower mereka pula.

3. Buka blog, ataupun blog-blog. Meskipun kita mempunyai FB yang aktif, kita tetap memerlukan blog dan website bisnes kita. Tulis dalam blog bahan-bahan yang orang-orang lain suka membacanya.

4. Kenalpasti dengan tepat kepada siapa kita tujukan bahan-bahan yang kita tulis dalam blog dan FB kita.

5. Tulis dalam blog dan FB kita posting yang dapat menjadi topik buah mulut, dan akan di-share-kan sesama mereka.

Friend dan follower FB kita memainkan peranan penting untuk pembangunan TRIBE kita. TRIBE kita adalah mereka yang menaruh kepercayaan kepada apa yang kita tulis untuk bacaan mereka. Bagi mendapatkan kepercayaan mereka, lakukan ini:

+ Kita musti memberikan DIRI KITA kepada friends dan followers FB kita. Apabila kita memberikan diri kita, maka diri kitalah yang dibeli oleh orang itu.

+ Jangan sekali-kali kita memperalatkan friends dan followers kita demi kepentingan bisnes kita. Apabila matlamat kita menulis adalah demi mencari duit, maka mudah sekali kita memperalatkan orang-orang lain.

Semasa bisnes masih kecil, kita mustilah memberikan diri kita. Orang menaruh kepercayaan kepada diri kita. Lalu mereka menaruh kepercayaan kepada bisnes kita, seterusnya kepada produk dan service kita. Memberikan diri kita adalah asas FB marketing yang sangat kukuh. Tulis posting-posting yang baik dan berguna, sehingga perlahan-lahan diri kita dibeli orang.

Sesudah diri kita terjual, maka mudahlah friends dan followers kita membeli produk dan servis kita. Mula-mula, gunakan FB dan internet bagi memperkenalkan diri kita dan nama kita. Jangan tampal foto yang bukan-bukan dalan FB kita. Tunjukkan muka kita yang sebenar. Bukan muka-muka orang lain. Bukan muka anak kita. Kita bukan hendak menjual muka anak kita. Kemudian, perkenalkan label kita. Apabila bisnes kita sudah besar, barulah kita dapat menaikkan-tarafkan label kita menjadi brand.

Apabila label kita sudah menjadi brand, pada waktu itu diri kita sudah diwakilkan kepada brand kita. Orang menaruh kepercayaan kepada brand kita pula. Waktu itu muka kita sudah tidak penting lagi.

Sesiapa pun boleh berjaya. Bak kata Tuan Aqif Azizan, ''Orang yang belajar 1,000 teknik dan berlatih hanya 1 kali, itu orang biasa. Orang yang belajar hanya 1 teknik, dan berlatih sebanyak 1,000 kali, itu orang luar biasa. Kita tidak perlu tahu semua. Apa yang penting, latih diri menggila." 

Jom Jadi Berjaya! Lebih menarik lagi di Blog Saya ... jangan lupa singgah..:)

Related Posts

2 comments

Powered by Blogger.