Peluntur Dosa

Kita yang bertungkus lumus bekerja sepanjang hari akan mandi beberapa kali untuk menyingkirkan kekotoran dari tubuh. Selepas bangun tidur juga kita mandi untuk mengembalikan kecergasan dan stamina selepas beberapa jam berehat. Ketika cuaca panas pada waktu tengahari, kita mandi lagi untuk menyejukkan badan dan selepas asar kita mandi lagi untuk membersihkan diri sebelum berehat pada waktu malam.

Bayangkan dengan purata 3 kali sehari mandi tubuh kiota sudah bersih dan segar, bagaimana pula jika mandi 5 kali sehari ? Solat fardu 5 kali sehari semalam adalah ejen peluntur dosa-dosa ringan yang paling efisyien. Keberkesanan solat sebagai penghapus dosa-dosa kecil ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda:
"Sesiapa orang Muslim yang apabila masuk waktu solat fardu dia berwuduk dengan sempurna, khusyuk dalam solat dan rukuknya, pasti ia (solat) menjadi (kafarah) penebus kepada dosa-dosa yang telah dilakukannya selagi dia tidak melakukan dosa besar. Ia berterusan selama-lamanya." Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Taharah: Bab Kelebihan Wuduk dan Solat Selepasnya
Bayangkan bagaimana pembersihan ini dilakukan secara konsisten 5 kali sehari ? Baginda memberikan perumpamaan solat 5 waktu ini ibarat sebatang anak sungai yang menjadi tempat seseorang itu mandi 5 kali setiap hari untuk membersihkan dirinya daripada kekotoran. Sabda Baginda:
"Apa pandangan kamu jika terdapat sebatang sungai dihadapan pintu rumah kamu yang mana kamu mandi dodalamya 5 kali setiap hari, adakah masih ada lagi kekotoran? Mereka menjawab, :Tiada lagi kekotoran yang tinggal." Baginda bersabda: "Demikianlah perumpamaan solat 5 waktu, Allah menghilangkan segala kesalahan dengannya." Riwayat Tirmizi daripada Abu Hurairah dalam Sunan al-Tirmizi
Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains (2011) sumber-http://latthept.blogspot.com/

Related Posts

3 comments

Powered by Blogger.