Air Anugerah Allah Kepada Manusia

Dalam syariah Islam yang sangat mementingkan kebersihan, air memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian dan ibadat. Air adalah alat atau medium pembersihan dan penyucian utama dalam Islam. Ia tidak hanya bertindak sebagai pembersih kotoran luaran seperti najis dan bangkai, tetapi juga sebagai ejen penyucian daripada hadas kecil dan besar. Kebanhyakan ibadat khusus dalam Islam meletakkan bersuci sebagai syarat sah ibadat tersebut. Dengan air maka akan tercapai kesempurnaan bersuci baik melalui wuduk dan mandi wajib. Air adalah satu bahan yang direka begitu istimewa sebagai asas hidupan. Setiap ciri-ciri fizikal dan kimianya diciptakan Allah SWT khusus untuk kegunaan manusia, haiwan dan tumbuhan. Sekiranya hanya pepejal dan gas sahaja yang wujud di alam ini, proses-proses molekul dinamik tidak mungkin berlaku dan hidupan tidak mungkin wujud. Ini kerana atom-atom pepejal terlalu padat dan statik, sedangkan atom-atom gas pula terlalu bebas dan rawak sehingga mustahil untuk mekanisme kompleks hidupan dapat berfungsi di dalam struktur seperti ini. Oleh itu, kewujudan persekitaran berair adalah sangat penting untuk membolehkan proses hidupan berlaku. Dan, satu-satunya cecair yang paling sesuai untuk tujuan ini adalah air.


Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains (2011) -Sumber :  http://latthept.blogspot.com/

Related Posts

3 comments

  1. thx for sharing....
    singgah di pagi hari.... selamat ber"blogwalking"......

    ReplyDelete
  2. wah best sangat wak info dia tq yee

    ReplyDelete

Powered by Blogger.