REVIEW BLOG #54:- BLOG MIZALI AND FAMILY

Asalamualaikum kepada semua bloggers dan reader tegar blog GengEntry ni?. Ok untuk minggu ini TunAidil ada buat satu review blog yang sangat tertarik menarik untuk di baca dan di sebarkan kepada semua bloggers dan readers kat luar sana yang masih tak tau tentang blog ini.


Berdasar info yang Tun Aidil dapat dari penulis, Kak Rosmizar ini mula menceburi dalam dunia blogger ini sejak tahun 2012 dan mula bergiat aktif selepas kembali dari melakukan ibadah umrah bersama suaminya. Kak Rosmizar mula menulis kenangan ketika melakukan umrah yang tidak dapat dilupakan oleh Kak Rosmizar dan keluarga dan mula menulis di blog suaminya dan ia mendapat perhatian dari pembaca dari blog suaminya dan kini Kak Rosmizar membina satu blog sendiri kerana ingin mengongsikan keindahan ketika di kota mekah.. [Alhamdulillah]

Cuma disini saya nak beri sedikit komen kepada Kak Rosmizar supaya belajar untuk membentuk design blog supaya pembaca rasa mudah untuk melihat blog dengan menukar design blog yang lebih menarik disini saya tinggalkan link untuk Kak Rosmizar ambil supaya belajar meningkatkan bentuk blog supaya kelihatan menarik..
1.Tutorial untuk blog
2.btemplate.

Disini saya selitkan sedikit ucapan yang di tulis sendiri oleh Kak Rosmizar sendiri.
“Harapan saya agar pengalaman itu dapat dijadikan panduan dan iktibar kepada pembaca terutama kepada mereka yang akan mengerjakan Umrah. Sesungguhnya pengalaman ketika berada di Tanah Suci amat berharga. Tiada tempat yang paling menarik di dunia ini selain dari Tanah Suci. Harapan saya juga, semoga lebih ramai lagi umat Islam yang akan teruja untuk ke Tanah Suci setelah membaca blog saya. Sekian terima kasih.”


Sedikit Info Penulis.
Nama: Rosmizar Abd Malek
Kerjaya : Guru
Umur:Tidak di ketahui
Tinggal: melaka, Malaysia
Status : Berkahwin


Related Posts

1 comment

  1. Terima kasih diucapkan kepada Tun Aidil (group blog review) kerana telah review blog akak. In sya Allah, segala kekurangan dan kelemahan akan cuba diperbaiki dari masa ke semasa. Cuma akak nak buat pembetulan sikit..Akak sekarang menetap di Rompin Pahang bukan di Melaka. Akak pernah menuntut di MPPM Melaka, Terima kasih sekali lagi, Teruskanlah membaca coretan akak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.