blogger paling tua dalam sejarah



pernah terpikir tak pe akan jadi pada diri kita puluh2 tahun akan datang ni dalam konteks sekiranya masih panjang umur. coba tengok nenek2 kita sekarang penuh dengan ciri2 dahulu nya.. adat resamnya.. pantang larang dan petua-petua

ok sekarang CUBA BAYANGKAN dunia 50 tahun akan datang time tuh aku dah 71 tahun dan mase muda mudi aku aku adalah SEOrang BLOGGER tarak mashur.. mesti pada masa tuh aku akan cmni kn2

nanti terjadilah situasi macamni

cucu aku: nenek ngah wat pe uh?
aku: ngah hupdate entri cu

cuba aku tanya nenek aku sekarang? mesti ngah masak2.. jahit menjahit.. 

aku x boleh bayangkan masa akan datang bila kita dah tua boleh tak nak nasihatkan cucu2 kita tentang arti2 kemerdekaan? pantang larang? petua2? eceh dah mcm nk join contest SEO AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA lak :P ke aku join cucu aku main angry bird sme2 nanti?

plus kalau nama dak2 sekarang ni sumenye hebang2.. nur lalala liliil lululu.. ahmad danish haikal imran ajmain.. nanti bila dah tua orang tanya sapa nama nenek kau? nur qalesya miasara adriwijaya.. kalau zaman sekarang ni nenek2 kita dulu nama kan senang senah, eton, n lain2.. (di ingatkan entri ini tiada menyentuh sesiapa sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia.. persamaan nama mungkin satu kebetulan)

tak pun lihat dalam konteks merempit2 nih

kalau dolu2 atuk2 kita bercerita tentang sejarah

atuk: dulu atuk antara SEOrang pejuang bangsa yang berjaya menetang penjajah

akan datang

atuk: dulu zaman muda2 atuk dulu SEOrang mat remp-itt yang berjaya melepaskan diri dari tahanan polis



hah kau.. akan datang macam2 yang jadi kn.. plus budak sekarang pun tak macam zaman kita budak2 dulu main lompat getah, ting-ting, tutup oren, batu seremban, lubang tikus dan yang sewaktu dengannya

biasalah zaman berubah.. takkan mahu pandang belakang.. TETAPI adat budaya melayu jangan sesekali dilupakan...

pergilah kehujung dunia sekalipun jangan lupa pesan nenek moyang kita 

Related Posts

1 comment

  1. mudah2an kekal berbelog hingga akhir usia...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.