Salah satu teknik Search Engine Optimization (baca: SEO) adalah dengan menulis entri yang kaya dengan kata kunci (baca: keyword). Maksud kaya di sini bukanlah merujuk kepada satu kata kunci yang diulang-ulang sebanyak yang mungkin sebaliknya ia merujuk kepada penggunaan kata kunci yang simile.
Mari dicerahkan dengan satu contoh. Kata kunci yang dipilih adalah Manchester United. Tidak perlu mengulang kata kunci tersebut lapan ratus kali kerana kebarangkalian anda dimaki adalah tinggi sekiranya pembaca itu merupakan kipas susah mati Arsenal, Liverpool, Chelsea, Manchester City, Selangor, Kelantan atau JDT. Penggunaan atau pengulangan kata kunci yang dilakukan secara ekstrem tidak bagus sebenarnya. Cukup sekadar diulang beberapa kali. Apa yang lebih berkesan adalah diulang dengan kata kunci yang berkemungkinan dicari seperti The Red Devils, Man Utd dan The Reds. Sudah terang lagi bersuluh?
Lihat [di sini] untuk kecerahan bak disinari terik mentari – walaupun penulisnya malas nak mengarang panjang-panjang. Lihat [di sini] [di sini] dan [di sini] bagaimana penulisnya berkali-kali lagi menggunakan kata kunci humour, joke, funny, humor, jenaka, kelakar dan lawak – namun harapan tinggal harapan la kan guna platform tumblr nak bersaing dalam SEO. Biasanya kaedah ini mensasarkan pengunjung berdasarkan genre blog di mana penulis blog akan menulis beberapa entri berlainan dengan menggunakan kata kunci yang sama. Kebiasaanya kaedah ini menjadi pilihan untuk blog-blog yang mempunyai genre khusus.
Kaedah ini adalah baik untuk mendapatkan kunjungan yang berulang kerana kebiasaannya pengunjung mempunyai kecenderungan dan minat dalam bacaan genre yang dicari di mana kebarangkalian untuk di-follow, di-subscribe mahupun di-bookmark adalah tinggi. Kaedah ini juga bagus untuk penulis blog yang tidak mempunyai banyak masa untuk mengikuti perkembangan semasa dan jenis yang malas nak update blog.
Entri yang kaya dengan kata kunci juga merujuk kepada satu entri yang mempunyai kombinasi beberapa kata kunci yang berlainan dan berkemungkinan dicari. Lihat [di sini] bagaimana penulisnya menggunakan kata kunci yang akan dicari sepanjang 2014 ini – sekali lagi, biarkan beliau dengan harapan beliau. Kaedah ini mensasarkan pengunjung (baca: organic traffic) melalui satu entri sendirian (baca: single post) di mana entri tersebut tidak semestinya berdasarkan genre blog. Biasanya kaedah ini digunakan untuk entri yang berkisar tentang isu semasa, informatif dan juga yang malar hijau (baca: evergreen).
Kedua-dua kaedah bagus untuk dipraktikkan. Untuk hasil yang lebih baik, setiap entri yang ditulis perlulah jangan terlalu pendek untuk mengelak entri tersebut dianggap “thin” oleh Google.
P.S. Walaupun entri ini bertajuk serius dengan isi kandungan agak serius, namun gaya pembacaan perlu sedikit santai dan bernada humor. Sekiranya gaya dan nada bacaan anda sebentar tadi tidak seperti yang dinyatakan, sila baca kembali dengan gaya dan nada yang disarankan.

nice sharing... ^_____________________^
ReplyDeletenice commenting... hehehe
Delete