Jan 2, 2014

Menjana Trafik Dengan Mudah, Berkesan Dan Percuma.

Dewasa ini, media sosial sudah menjadi satu kemestian. Tidak mengira usia dan latar belakang, boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai akaun di media sosial. Sebut saja Twitter, Facebook mahupun Google Plus, semua sudah menjadi penggunanya.

Kuasa laman media sosial memang sudah tidak dapat dinafikan. Ingat lagi bagaimana media sosial digunakan oleh penduduk negara Arab seperti Syria dan Mesir dalam menggulingkan kerajaan mereka? Itulah kuasa laman media sosial.

Bagi blogger yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog, di mana blog-nya masih belum dikenali ramai dan sukar untuk tersenarai di Search Engine Rank Page (baca: SERP) laman media sosial dilihat satu praktik yang boleh ditekankan. Seperti juga pengguna platform yang kurang mesra enjin carian (baca: google search engine) seperti tumblr – because blogspot and wordpress are too mainstream, laman media sosial semestinya sesuatu yang boleh diharapkan.

Mungkin ada di antara blogger yang tidak kisah dengan jumlah trafik yang diterimanya namun apa guna menulis sekiranya tidak dikunjungi dan dibaca. Bukankah itu tujuan anda menulis? Juga seperti moto yang digunapakai oleh syarikat pengiklanan terkenal di kalangan blogger, nuffnang – “blogging is fun, but now it’s time to level up”.

Anda juga boleh menjana pendapatan melalui blog anda. Walaupun tidak banyak tapi masih baik ada dari tiada. Pendapatan dari blog pula adalah berdasarkan jumlah trafik yang diterima setiap hari. Maksudnya, semakin ramai yang mengunjungi blog anda semakin banyak pendapatan yang anda boleh terima.

Laman Media Sosial: Penyumbang Trafik Segera yang Berkesan dan Percuma.

Perkara yang perlu ditekankan adalah tentang follower. Ramai yang beranggapan jumlah follower sangat penting dan merupakan faktor utama dalam menentukan jumlah kunjungan. Namun perlu diingat, kualiti adalah lebih penting dari kuantiti. Apa gunanya jumlah follower mencecah ribuan orang namun majoritinya adalah “sleeping” follower.

Jadi perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah membina rangkaian (baca: network) anda sendiri. Luangkan sedikit masa berkomunikasi dengan followers anda untuk membina hubungan (baca: bukan hubungan sulit ). Makin dekat hubungan dan luas rangkaian anda, makin ramai yang akan pengunjungi pautan (baca: link) yang anda kongsi.

Peraturan “Jangan”.

1. Jangan hanya kemaskini status anda dengan pautan sahaja. Tiada siapa yang akan follow akaun yang hanya berkongsi pautan semata. Atau tiada siapa yang akan memberi perhatian kepada perkongsian anda.

2. Jangan terlebih kongsi (baca: over share). Alasannya sama seperti di atas.

3. Jangan hanya berkongsi pautan blog sendiri sahaja. Membina “kepercayaan” adalah kuncinya, jadi rajin-rajinlah berkongsi pautan entri blog-blog lain yang dirasakan menarik. Jadi peratusan follower anda untuk mengunjungi pautan yang dikongsi anda akan meningkat memandangkan anda dilihat sebagai “deliver”.

4. Jangan malas untuk retweet (atau reshare) perkongsian menarik orang yang anda follow. “What goes around comes around” – mereka juga akan melakukan perkara yang sama kepada anda.

5. Jangan meminta orang follow anda. Sekiranya anda melakukan cadangan-cadangan di atas, jumlah follower anda akan bertambah dengan sendirinya.

Selain dari menggunakan laman media sosial, anda juga boleh menjana pengunjung ke blog anda dengan ping entri anda dan menyertai blog hop. Dan semestinya, anda boleh mula berjinak-jinak dengan Search Engine Optimization (baca: SEO).

Meminjam moto nuffnang sekali lagi, “Blogging Is Fun, But Now It’s Time To Level Up.”


P.S. jangan lupa sertakan Facebook Share Button, Twitter Tweet Button dan Google Plus Share Button di setiap entri anda untuk memudahkan pembaca berkongsi entri anda di laman media sosial.

2 comments: