Assalamualaikum.
Ini merupakan entri pertama saya di dalam Geng Entry. Jadi lebih baik saya kenalkan diri dahulu sebelum kita berborak mesra dengan lebih jauh. Bak orang kata 'ice-breaking' dulu. -senyum-
Panggil saja saya Wanita. Owh sesuai sangat dengan kolum saya dalam Geng Entry iaitu 'Wanita dan Keluarga'. Saya sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 3 tahun. Punya perancangan untuk menambah anak, namun masih menunggu rezeki dari Yang Maha Esa. In sha Allah. -senyum-
Sebagai seorang wanita bekerjaya, masa yang ada perlu dibahagi kepada dua iaitu keluarga dan kerjaya. Ada masanya, kerjaya terpaksa didahulukan dan ada masanya keluarga diutamakan.
Mempunyai majikan yang memahami adalah idaman setiap wanita bekerjaya, namun dalam dunia yang serba mencabar dan moden ini, majikan sering kali terlupa wanita adalah tetap seorang wanita. Walaupun, kami (wanita bekerjaya) sudah sampai ke pejabat, tapi percayalah -- hati tetap pada suami dan anak-anak. Walaupun topi sudah bertukar tema, namun jiwa tetap bersama suami dan anak.
No comments:
Post a Comment