Jan 31, 2014

Search Engine Optimization: Backlink.


Seperti semua sudah maklum, terdapat dua jenis backlink iaitu DoFollow Backlink dan NoFollow Backlink. Perbezaan antara kedua-duanya adalah NoFollow Backlink hanya untuk mendapatkan kunjungan atau mempromosi sesuatu entri atau blog manakala DoFollow Backlink adalah untuk tujuan yang sama dan lebihnya adalah ia berguna untuk SEO. Semasa Googlebot crawl sesuatu blog, ia hanya akan memberi perhatian kepada DoFollow Backlink dan mengabaikan NoFollow Backlink.

Untuk menjadikan sesuatu blog itu mesra enjin carian dan meningkatkan pagerank, membina backlink adalah sangat penting. Algoritma terkini yang digunakan oleh Google lebih komplek dan mampu mengesan sekiranya backlink yang dibina adalah backlink berbayar iaitu penulis blog membayar kepada mana-mana pihak untuk membina backlink. Ia juga mampu mengesan backlink yang dibina melalui kaedah spamming. Kedua-dua backlink yang dibina melalui cara tersebut bukan hanya tidak berkesan dan membuang masa, tenaga dan wang malah turut memburukkan reputasi sesuatu blog di mata Google.

Jadi adalah perlu untuk membina backlink secara semulajadi. Perkara yang paling penting adalah bukan jumlah (baca: kuantiti) backlink tetapi kualiti backlink itu. Backlink dari “trusted” blog atau entri memain peranan yang besar. Maksudnya ialah backlink dari genre blog atau tajuk entri yang berkaitan dengan blog atau entri anda. Backlink dari domain .gov dan .edu merupakan backlink terbaik. Dalam membina backlink pula terdapat dua kaedah iaitu melibat pihak lain dan secara langsung.


Membina DoFollow Backlink Melibatkan Pihak Lain.

Sebenarnya kaedah ini adalah di luar kawalan anda. Tiada jaminan kaedah ini berjaya atau tidak. Cuma di sini diberi sedikit saranan untuk dijadikan garis panduan. Pihak lain di sini adalah merujuk kepada penulis-penulis blog lain.

Untuk mendapatkan backlink dari mereka, perlu diteliti tajuk yang kebiasaannya menarik minat orang untuk memberi backlink. Antaranya adalah dengan menulis entri berkenaan tutorial. Entri jenis ini mudah untuk menerima backlink memandangkan ia merupakan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan keadaan. Bukan hanya mampu menerima backlink malah akan turut dikongsi di laman-laman sosial dan menjadi perbualan.

Humor juga adalah bagus untuk menerima backlink dan dikongsi. Humor itu tidak semestinya mengkhususkan lawak jenaka sahaja. Ia juga merujuk kepada gaya penulisan yang bersahaja dan kelakar. 


Membina DoFollow Backlink Secara Langsung.

Kaedah ini juga dikenali sebagai perkongsian artikel. Caranya adalah anda menulis sesuatu entri atau artikel dan menghantar ke laman-laman yang menyediakan perkhidmatan perkongsian artikel. Anda boleh sertakan backlink ke blog atau entri anda dalam artikel tersebut. Namun perlu diberi perhatian, setiap artikel mestilah berbeza antara satu sama lain. Jangan hanya menulis satu artikel, kemudiannya menghantar ke banyak laman. Keunikan artikel sangat penting.

Kaedah ini juga boleh dilakukan dengan menjadi penulis bersama (baca: co-writer) sesuatu blog. Caranya sama saja seperti perkongsian artikel.


DoFollow Outbound Link.

Memberi outbound link (baca: backlink kepada blog atau entri lain) juga penting sebenarnya. Cuma perlulah diberi kepada blog atau entri yang “bagus” dan tidak terlalu banyak untuk mengelak Google menganggap blog anda sebagai link farm. Apabila anda sentiasa memberi DoFollow Outbound Link kepada “trusted” blog atau entri, blog anda akan dianggap sebagai “trusted” blog oleh Google.


P.S. Anda juga boleh menyertai projek-projek yang dianjurkan oleh Blogger United untuk menbina DoFollow Backlink.

No comments:

Post a Comment