Tujuan utama Blog
Hop adalah membina rangkaian antara para blogger dalam memeriahkan lagi dunia
blogging. Ia juga dapat meningkatkan jumlah pengunjung ke blog disamping
meningkatkan jumlah pengikut (baca: follower) blog mahupun media sosial seperti
facebook, twitter dan google plus.
Untuk menyertai
Blog Hop adalah sangat mudah di mana para blogger yang ingin mengambil bahagian
hanya perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh host seperti meletakkan
banner Blog Hop, follow blog, follow akaun media sosial dan sebagainya. Terdapat juga
host yang tidak meletakkan sebarang syarat untuk menyertai Blog Hop yang
di-host-kan mereka. Para blogger hanya perlu meletakkan pautan entri yang
ditulis mereka kemudian melawat pautan-pautan yang telah dikongsi oleh
blogger-blogger lain. Apabila melawat ke blog yang menarik, jangan segan-segan
untuk follow dan tinggalkan komen.
Meninggalkan komen adalah satu pilihan, bukan kemestian. Namun perlu
ditekankan, komen adalah salah satu cara kita menghargai penulis. Juga membuat
Blog Hop mencapai objektifnya iaitu menghubungkan para blogger. Walaubagaimanapun
terdapat etika dalam meninggalkan komen seperti:
- Jangan
meninggalkan komen yang berbentuk spam – para blogger suka bila dikomen
tapi bukan komen yang berbentuk spam.
- Jangan
meminta blogger melawat blog anda dan follow anda – sekiranya mereka
mengambil bahagian dalam Blog Hop, mereka tahu bagaimana Blog Hop
berfungsi.
- Beri komen
yang ikhlas. Komen pada entri Blog Hop mereka dan entri-entri lain yang
menarik perhatian anda.
Tema yang biasa
digunakan Blog Hop adalah Wordless Wednesday. Penulis yakin ramai antara
blogger mempunyai entri Wordless Wednesday, cuma mungkin belum pernah menyertai
Blog Hop. Antara tema lain adalah Inspire Me Monday dan Friendship Friday.
Blog Hop berfungsi
seumpama Blog Walking iaitu istilah yang biasa digunakan oleh para blogger.
Jadi Blog Hop adalah tempat di mana menghimpunkan koleksi-koleksi entri,
bezanya ia berdasarkan tema tertentu. Blog Hop juga memudahkan aktiviti Blog
Walking anda.
Have fun connecting with one another. Building friendships is what this is all about.
No comments:
Post a Comment